KUALA LUMPUR 29 April – Suasana pembelajaran dan kehidupan harian pelajar sekolah berasrama penuh negara ini serta keupayaan koperasi sekolah menjana peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dilihat bersesuaian dengan tema Hari Koperasi Sedunia tahun ini. Oleh itu, pertubuhan koperasi antarabangsa iaitu International Cooperative Alliance (ICA) tertarik mendokumentasikan video mengenai koperasi sekolah di negara ini. Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, menerusi dokumentasi itu koperasi…










