KUALA LUMPUR – i Norrela bersedia untuk berbincang dengan Tourism Malaysia untuk mengetengahkan fesyen pakaian tradisional Malaysia bersempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020).
Pengasas syarikat, Norrela Iznin Abdul Ghani berkata, pihaknya telah mula membuat kajian dan perancangan untuk menampilkan koleksi fesyen tradisional rakyat pelbagai kaum di negara ini bagi memeriahkan lagi kempen bertaraf antarabangsa itu.
“Ini merupakan salah satu cara kami untuk membantu kerajaan dan agensi berkaitan pelancongan bagi menjayakan program berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pertunjukan fesyen bersempena koleksi hari raya yang ditampilkan oleh beberapa jenama pereka fesyen terkenal di The Love, Jalan Ampang dekat sini baru-baru ini.
Pada majlis tersebut, i Norrela memperagakan fesyen pakaian berjenama Funz Kaftan, Tuhfah untuk orang dewasa dan kanak-kanak, Dahlia serta ViniG.
Selain in, Norrela menjelaskan, pertunjukan fesyen tersebut yang julung-julung kali dianjurkan itu bakal menjadikan ia sebagai langkah sulung untuk terlibat lebih serius dalam bidang tersebut.
“Saya mahu membangunkan satu platform yang mudah dan murah bagi pereka fesyen muda atau yang baharu berjinak dalam bidang tersebut untuk memperagakan koleksi masing-masing kepada masyarakat.
“Ini kerana saya sangat meminati fesyen dan mahu membantu kumpulan pereka baharu ini,” jelasnya.











