KUALA LUMPUR 26 April – Setiausaha Agung Kelab Bola Sepak Felda United Afizal Abu Othman menegaskan pihaknya akur dengan hukuman yang dikenakan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) atas kegagalan mematuhi tarikh akhir pendaftaran pasukan pada 31 Disember 2018. Beliau berkata, Felda United tidak mahu menunding jari kepada mana-mana pihak termasuk MFL sebaliknya lebih fokus kepada usaha memperkemaskan lagi pengurusan pasukan supaya tidak mengulangi kesilapan sama. Sebenarnya memang sangat lega…










