DUNGUN 16 April – Hospital Dungun yang baharu di sini yang dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2020 bakal menjadi hospital pakar ketiga di Terengganu selepas Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan Hospital Kemaman. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, pembinaan hospital baharu bernilai RM125 juta di atas tapak seluas 6.13 hektar itu kini sudah mencapai 80 peratus. Katanya, dengan kapasiti 110 katil sebanyak 10 kepakaran disediakan antaranya kecemasan;…










