Hoki: Brazil bukan tandingan Malaysia - Utusan Malaysia

Hoki: Brazil bukan tandingan Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Skuad hoki negara tidak ‘berpeluh’ untuk mencatat kemenangan 6-0 ke atas Brazil pada aksi pertama Kumpulan B Final Siri Hoki Dunia di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

 

Enam gol Malaysia dijaringkan Norsyafiq Sumantri pada minit ke-32, Muhammad Najmi Farizal Jazlan (m-38), Mohd. Fitri Saari (m-48), Meor Muhamad Azuan Hasan (m-53), Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal (m-54) dan Muhammad Razie Abd. Rahim (m-58).

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia berjaya mengelak daripada dimalukan oleh lawan kerdil pada aksi pembukaan hari ini seperti terjadi kepada Kanada dan China.

Kanada, No. 10 dunia, merupakan pasukan ranking paling tinggi kejohanan tetapi tewas 1-3 kepada Wales yang menduduki tangga ke-24 dunia.

China pula yang menghuni ranking ke-14 dunia dan berjaya melangkah ke suku akhir Piala Dunia tahun lalu, kalah mengejut 1-2 kepada negara bukan pilihan, Itali.

Skuad negara kendalian Roelant Oltmans akan meneruskan perlawanan kedua Kumpulan B menentang China pada Ahad ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini