Hoki: Austria jamin tempat ke separuh akhir - Utusan Malaysia

Hoki: Austria jamin tempat ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Tiada siapa menjangka ranking ke-19 dunia, Austria muncul pasukan pertama menjamin tempat ke pentas separuh akhir Final Siri Hoki Dunia ketika ini.

Austria yang merupakan pasukan ranking keempat tertinggi kejohanan, mengesahkan slot itu sebagai juara Kumpulan A hasil kemenangan 2-0 ke atas Wales di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Dua gol Austria dijaringkan Dominic Uher dan Florian Steyrer pada minit ke-37 serta 55.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kemenangan itu membolehkan Austria memintas Kanada pada kedudukan pertama Kumpulan A dengan kelebihan perbezaan jumlah gol.

Ketua jurulatih Austria, Tomasz Szmidt amat gembira dengan kejayaan anak-anak buahnya memandankan mereka sekadar meletakkan sasaran untuk muncul sebagai tiga pasukan terbaik sahaja daripada Kumpulan A.

“Kami tak fikir untuk layak automatik ke separuh akhir sebelum datang ke sini tetapi kami tetap cuba dalam setiap perlawanan,” katanya.

Kapten Austria, Xaver Hasun pula sudah tidak sabar untuk menghadapi aksi separuh akhir yang dijadualkan berlangsung 3 Mei ini.

Kanada pula terpaksa beraksi pada playoff ke separuh akhir sebagai pasukan tempat kedua Kumpulan A meskipun menang besar 6-2 ke atas Belarus hari ini.

Satu lagi pasukan daripada Kumpulan A iaitu Wales yang menamatkan aksi peringkat kumpulan di tempat ketiga juga akan beraksi pada penentuan playoff ke separuh akhir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini