Hina institusi raja: Laporan polis terus dibuat - Utusan Malaysia

Hina institusi raja: Laporan polis terus dibuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 19 April – Pelbagai pihak terus membuat laporan polis berhubung perbuatan biadab dalam media sosial yang secara terang-terangan menghina institusi raja termasuk Yang di-Pertuan Agong.

Terbaharu, Badan Amal Tarbiah Sejagat (Batas) negeri bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pahang membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis (IPD) di sini hari ini.

Pengerusinya, Miar Yahya berkata, tindakan tegas perlu diambil apabila masih ada pihak memandang remeh terhadap kesalahan menghina Ketua Agama Islam negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perbuatan menghina raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam di negara ini sama seperti menghina agama Islam dan ketuanan Melayu.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berleluasa dan kami berharap satu peruntukan akta baharu yang lebih tegas dengan hukuman berat perlu diwujudkan. Ia boleh digunal menerusi rang undang-undang baharu yang perlu dibentang segera di Parlimen dan diluluskan bagi mengekang perbuatan melampau menghina raja-raja Melayu,” katanya selepas membuat laporan polis berkenaan.

Menurut Miar, hukuman menghina raja-raja yang bergantung kepada Akta Hasutan yang diguna pakai sekarang sudah tidak menggerunkan bagi pelaku kerana permohonan maaf dianggap seperti sayu ‘permainan’.

“Kami cadangkan denda dan penjara maksimum 20 tahun serta sebatan agar perbuatan seperti ini tidak berlaku lagi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini