Hina Agong: PAUiTM buat laporan polis - Utusan Malaysia

Hina Agong: PAUiTM buat laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 14 April – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) hari ini membuat laporan polis terhadap pengendali laman Facebook ‘Sabah-Sarawak Merdeka’ yang didakwa memuat naik gambar menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Setiausahanya, Shukri Ishak berkata, Seri Paduka Baginda adalah Canselor UiTM dan sekiranya penghinaan berlaku bermaksud menghina pelajar, pensyarah, kakitangan dan juga alumni sendiri.

“Semenjak pertukaran kerajaan berlaku kita lihat semakin ramai bersuara bukan setakat menghina Yang di-Pertuan Agong tetapi ramai lagi. Oleh demikian, kita menggesa supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Permohonan maaf tidak lagi boleh diterima dan tindakan perlu diambil. Jangan berkompromi dengan individu yang hanya meminta maaf dan mengatakan tersilap selepas itu dilepaskan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, Shukri membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini kira-kira pukul 3 petang.

Yang turut hadir, Naib Presiden PAUiTM, Abang Mohd. Hafizie Abang Bunsu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Muhammad Aznur Syah Azman dan Ahli Jawatankuasa, PAUiTM, Laili Suhairi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini