IPOH 30 April – Kira-kira 100 individu mewakili 19 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk masyarakat Orang Asli berhimpun secara aman bagi membantah tindakan kerajaan negeri meluluskan projek pembangunan ladang hutan seluas 400 hektar di Hutan Simpan Kledang Saiong dan Hutan Simpan Bukit Kinta. Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, dakwaan kerajaan negeri bahawa kawasan berkenaan telah menjadi hutan miskin bagi ‘menghalalkan’ projek berkenaan tidak…










