BENTONG 25 April – Seorang remaja dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Triang berhampiran Kompleks Agropolitan Chemomoi di sini semalam. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Karak, Suhairul Ibrahim berkata, kejadian kira-kira pukul 6.37 petang itu berlaku ketika Sofian Sahar, 14, sedang mandi di sungai berkenaan bersama tujuh rakannya. “Difahamkan semasa kejadian, mangsa bersama rakannya cuba menyeberangi sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus deras. “Seramai…










