LONDON 29 April – Maurizio Sarri percaya Gonzalo Higuain akan kekal di Stamford Bridge pada musim panas ini selepas menyertai Chelsea dari Juventus secara pinjaman, Januari lalu. Sarri membuat keputusan untuk membawa masuk penyerang Argentina itu bagi menggantikan Alvaro Morata yang berpindah ke Atletico Madrid. Higuain sudah menjaringkan empat gol dalam 14 penampilannya bersama The Blues dan Sarri menegaskan pemain berusia 31 tahun itu mampu menjaringkan lebih banyak gol untuk…










