SHAH ALAM 29 April – Sempena Ramadan nanti, restoran New Big Mug Cafe bakal menyajikan hidangan istimewa gabungan sajian Timur dan Barat. Pemilik restoran tersebut, Azhar Othman berkata, walaupun baru beroperasi hampir dua bulan, sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan khususnya menu Nasi Goreng Bujang Lapuk dan Ayam Picata. “Selain sajian air gelas besar pelbagai rasa sebagai hidangan istimewa kami, sempena Ramadan yang bakal tiba, kita akan menambah menu kambing…










