PERMATANG PAUH 3 April – Seramai empat lelaki berusia antara 35 hingga 45 tahun ditahan polis bersama-sama sejumlah bahan dipercayai dadah dalam serbuan di tapak kilang di Permatang Tok Jaya, dekat sini tengah hari semalam. Mereka ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, ibu pejabat polis daerah Seberang Perai Utara (SPU) menerusi Ops Tapis kira-kira pukul 12.45 tengah hari. Menurut Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor,…










