BAYANGKAN jika anda terpaksa mengutip cebisan daging dan organ mangsa kemalangan yang bertaburan di atas jalan raya. Fikirkan juga bagaimana perasaan mereka yang terpaksa mendengar jeritan mangsa tersepit dalam kenderaan atau kebakaran terperangkap merayu pertolongan dalam tangis ketika hujung nyawa? Itulah senario dihadapi sebahagian besar anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) saban hari. Tugas mereka bukan hanya memadamkan kebakaran. Daripada sekecil-kecil kecemasan seperti membawa turun anak kucing dari pokok,…










