LONDON – Real Madrid semakin hampir untuk melengkapkan perjanjian dengan Eden Hazard selepas dilaporkan sanggup membelanjakan jumlah keseluruhan pakej gaji dan harga perpindahan bernilai £210 juta (RM1.12 bilion) ke atas pemain bintang Chelsea tersebut. Kelab gergasi Sepanyol itu bersedia menawarkan Hazard, 28, kontrak selama enam tahun bernilai £110 juta (RM586.3 juta) dan membayar harga £100 juta (RM533.1 juta) kepada The Blues untuk melepaskannya. Laporan di Sepanyol memberitahu bahawa perjanjian berkenaan…










