Hasil tabung masjid diagih kepada asnaf - Utusan Malaysia

Hasil tabung masjid diagih kepada asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 25 April – Sebahagian daripada pungutan tabung masjid di negeri ini disaran diagihkan untuk membantu golongan asnaf yang layak

Bekas Mufti Johor, Datuk M. Tahrir Samsudin berkata, langkah berkenaan akan dapat membantu mereka yang memerlukan tanpa perlu menunggu lama.

“Ini akan mengurangkan beban mereka yang dalam kesusahan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja dalam Majlis Multaqa Ulama Kali Ke-7 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini sebentar tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Majlis tersebut disempurnakan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mewakili Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Yang turut hadir, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar selain Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.

Dua kertas kerja dibentangkan dalam multaqa itu iaitu Peranan Institusi Masjid Dalam Memperkasakan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Tahrir dan Tanggungjawab Masyarakat Dalam Mengimarahkan Masjid oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi, Pembangunan & Alumni), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Madya Dr. Arieff Salleh Rosman.

Dalam pada itu, Tamrir berkata, masjid boleh menjadi platform mengukuhkan akidah dengan mempergiatkan aktiviti pengimarahan yang lebih kontemporari dan interaktif dengan tidak melupakan ilmu turath.

Pihak masjid juga katanya, dicadangkan membuat kolaborasi dan kerjasama antara dewasa dan remaja supaya dapat memikat golongan muda untuk meningkatkan kefahaman akidah dengan pendekatan mesra dan terkini.

“Seharusnya juga pihak masjid bekerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta bagi memasyarakatkan masjid. Dengan ini masjid akan diangkat sebagai institusi yang memainkan peranan penting bukan sahaja dalam pengukuhan akidah bahkan menjadi medium penyatuan masyarakat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini