KANGAR 17 April – Rakyat di negeri ini digalak menjadikan mempelam harumanis sebagai menu berbuka puasa bagi menggantikan kurma pada Ramadan nanti. Pengerusi Pertanian dan Asas Tani negeri, Nurulhisham Yaakob berkata, cadangan dan galakan tersebut juga sebagai alternatif sekiranya berlaku lambakan mempelam berkenaan khususnya pada bulan puasa. Beliau berkata, kerajaan negeri juga menyediakan sebuah lori bagi memudahkan urusan penghantaran mempelam harumanis ke luar negeri dengan anggaran pengeluaran tahun ini sebanyak…










