Harimau tidak sabar mahu mengaum - Utusan Malaysia

Harimau tidak sabar mahu mengaum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 April – Tonggak Malaysian Tigers, Mohamad Sukri Abdul Mutalib dapat merasakan aura positif dalam kem hoki negara menjelang kejohanan Siri Akhir FIH 2019 yang bermula, Jumaat ini.

Dia yang baru kembali bersama skuad kebangsaan selepas berehat panjang akibat kecede­raan percaya, aura tersebut ha­dir atas keinginan tinggi untuk mencipta kecemerlangan pada kejohanan itu.

“Sasaran cukup tinggi dan tekanan memang ada namun itu cabaran untuk kami, malah pa­sukan juga pernah menghadapi situasi sama pada Separuh ­Akhir Liga Hoki Dunia di London sebelum ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika itu pemain juga tertekan tetapi kami mengharungi cabaran sebagai satu pasukan dan akhirnya layak ke Piala Dunia.

“Saya percaya kami mampu hadapi tekanan dengan baik sekali gus mencapai sasaran,” kata Sukri.

Dalam masa sama kapten Malaysian Tigers itu juga mahu rakan sepasukan tidak memandang mudah cabaran Brazil dalam aksi pertama, Jumaat ini.

“Sekarang bukan lagi proses untuk belajar, sebaliknya mereka kena membuktikan keupayaan di atas padang dan capai sasaran.

“Saya fikir, dalam apa cara sekali pun kita perlu memena­ngi perlawanan pertama untuk me­ningkatkan keyakinan,” kata nya.

Selain Brazil, Malaysia dile­tak dalam kumpulan B bersama Itali dan China, manakala Kanada, Austria, Wales serta Belarus membarisi Kumpulan A. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini