ERAT HUBUNGAN. Seramai 25 ahli keluarga Jamaludin Hassan dan Jamaiyah Shahmin memeriahkan hari keluarga yang berlangsung di Melaka Garden Home, Melaka baru-baru ini. Menurut salah seorang ahli keluarga, Mazlan Sam Jamaludin, majlis tersebut diadakan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mereka yang kini sudah menetap di beberapa lokasi lain seperti Kuala Lumpur, Perak dan Pahang. “Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari keluarga ini. Setiap tahun kami akan berkumpul dan Melaka menjadi lokasi untuk perjumpaan kali ini,” katanya.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya