Harap bina paip bekal air mentah dari empangan Machap - Maszlee - Utusan Malaysia

Harap bina paip bekal air mentah dari empangan Machap – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG – Bagi mengelakkan masalah bekalan air bersih daripada terus berlarutan kepada penduduk Simpang Renggam, Anggota Parlimennya, Dr. Maszlee Malik mengharapkan kerajaan negeri Johor dapat mempertimbangkan untuk menyegerakan pembinaan paip bagi membekalkan air mentah dari Empangan Machap, di sini.

Menurut Maszlee, buat masa ini sumber bekalan untuk kegunaan penduduk Simpang Renggam dari Sungai Ulu Benut telah tercemar dan telah menjejaskan bekalan air bersih kepada mereka.

Katanya, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar (amp) Perubahan Iklim (MESTECC) juga disarankan untuk melihat kepada keperluan bagi memperbaiki kualiti air di Sungai Ulu Benut ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kerjasama dan tindakan tegas serta serius semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan perkara ini adalah amat dihargai dan diharapkan satu penyelesaian konkrit dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat kerana pihak kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan warga Simpang Renggam.

“Sehingga kini, operasi Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam masih lagi tergendala selepas berlaku pencemaran ammonia di peringkat sumber air mentah di Sungai Ulu Benut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini