LONDON 26 April – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berkata Charles Leclerc yang memandu jentera Ferrari mengingatkan kembali ketika kali pertama dia membuat penampilan di perlumbaan Formula Satu (F1). Leclerc beraksi baik musim ini tetapi dalam ketiga-tiga perlumbaan setakat ini, pasukannya meminta dia memberi laluan kepada rakan sepasukannya Sebastian Vettel sekiranya dia berada di hadapan. “Ketika saya berlumba di Formula Satu, saya ingin menang secepat mungkin dan mengalahkan juara. Jadi ia…










