SHANGHAI 14 April – Lewis Hamilton meraih kemenangan paling istimewa apabila menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) ke-1,000 dalam Grand Prix China, hari ini. Pemandu Mercedes itu memintas rakan sepasukan, Valtteri Bottas pada selekoh pertama, sebelum menguasai Litar Antarabangsa Shanghai. Memulakan saingan dari petak kedua, kemenangan hari ini membolehkan Hamilton merampas kedudukan pendahulu kejuaraan pemandu dunia dengan mengumpul 68 mata daripada tiga perlumbaan, enam mata mengatasi Bottas manakala Sebastian Vettel dari…










