LONDON 25 April – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengeluarkan garis panduan kepada ibu bapa agar tidak membenarkan anak-anak mereka menghabiskan masa di hadapan skrin lebih daripada sejam setiap hari. Lapor Mirror Online, garis panduan WHO itu mencadangkan had masa selama 60 minit itu terpakai kepada kanak-kanak berumur antara dua hingga lima tahun. WHO turut mencadangkan agar bayi tidak diajar untuk menonton televisyen atau bermain gajet sehinggalah mereka menjangkau usia dua tahun. Garis panduan itu dikeluarkan bagi membantu penggubal dasar negara termasuk memberi nasihat berhubung aktiviti fizikal serta corak tidur…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya