Hadiah istimewa menanti 2,000 pengunjung pertama Mega Raya 2019 - Utusan Malaysia

Hadiah istimewa menanti 2,000 pengunjung pertama Mega Raya 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 24 April – Pengunjung Festival Raya–Mega Raya Eid 2019 (MRE2019) yang akan diadakan di Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 25 dan 26 Mei akan menerima hadiah istimewa daripada pihak penganjur.

Hadiah itu bagaimanapun terhad kepada 2,000 pengunjung pertama ke festval yang dianjurkan buat kali kedua itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Eh Eh Bazaar yang merupakan penganjur MRE2019, Iffah Zaimi,pengunjung terawal setiap hari juga akan menerima beg barangan tajaan Yakult, Siti Khadijah, Bokitta Hijab dan GOTMEK.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, banyak jenama popular dan selebriti terkenal yang akan berniaga dan memeriahkan MRE2019 yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam.

“Antara jenama popular ialah Siti Khadijah, Bokitta Hijab, Alha Alfa, Dexandra, GOTMEK, Elrah, DYXY, AlHidayah Exclusive, Rafflesia Hijab serta diserikan dengan gerai selebriti popular iaitu Mawi & Ekin, Rozita Che Wan, Zain Saidin, Faizal Ismail (FBI), Khai&Rosma, Saida&Saerah, Bienda, Zoey, Aiman Rahman dan ramai lagi artis popular tanah air,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sesuai dengan tema tahun ini iaitu Festival Raya Famili Terbesar, Iffah berkata, NRE2019 merupakan pusat jualan raya bagi seisi keluarga – ayah, ibu dan anak-anak selain menggalakkan aktiviti keusahawanan dengan lebih 200 usahawan berniaga di bawah satu bumbung.

“Ia turut mendapat kerjasama daripada Shopee dan Usahanita Negeri Selangor.

“Dengan lebih 200 usahawan yang menawarkan bukan sahajap roduk Hari Raya untuk seisi keluarga, juga terdapat jualan kuih dan biskut raya,” katanya.

Tambah Iffah, dengan kemudahan bertaraf antarabangsa dan harga jualan serendah RM1,300, MRE2019 akan menjadi wadah yang sangat sesuai untuk para usahawan meningkatkan keuntungan jualan sempena hari raya aidilfitri yang akan menjelang.

“Ini adalah pelaburan terbaik bagi meletak perniagaan online anda ke tahap jauh lebih baik.

“Pihak kami menyediakan lokasi berniaga paling strategik dengan pengdingin hawa, kemudahan meletak kenderaan percuma tanpa perlu bersesak selain gerai yang lengkap dengan meja dan kerusi.

“Saya rasa, harga gerai yang kami tawarkan begitu rendah berbanding lokasi yang sangat gah dan bertaraf dunia.

Katanya, para pengunjung juga boleh membeli-belah tanpa meninggalkan amalan solat sunat terawih kerana PICC juga menyediakan surau lengkap dengan solat terawih pada setiap malam di samping buffet Ramadan,” katanya.

Selain itu, kata beliau, pelbagai aktiviti akan diadakan sepanjang acara berlangsung yang menawarkan banyak hadiah menarik.

Katanya, terdapat juga beberapa pertandingan pra-Mega Raya Eid sedang berlangsung di Facebook Eh Eh Bazaar dengan duit raya RM1,000 sebagai hadiah utama.

Untuk keterangan lanjut mengenai tempahan gerai,boleh menghubungi 011-11407854/011-6420 6362. Bagi vendor yang berminat, sila buat tempahan gerai dengan segera sebelum terlewat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini