Guru kerugian RM90,810 ditipu Macau Scam - Utusan Malaysia

Guru kerugian RM90,810 ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang guru wanita terpaksa berputih mata apabila wang simpanannya berjumlah RM90,810 lesap sekelip mata ‘dikaut’ oleh Macau Scam selepas mendakwanya terlibat dengan pengubahan wang haram di sini pada 22 Mac lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 44 tahun sebelum itu telah dihubungi oleh seorang wanita yang mendakwa daripada sebuah bank dan memaklumkannya mempunyai tunggakan pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

“Bagaimanapun mangsa menafikannya sebelum disambung kepada seorang suspek yang mendakwa sebagai inspektor Narita dan memaklumkan mangsa telah terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudian telah meminta butiran akaun milik pengadu berserta maklumat nombor pin, nombor kad untuk membuat pengesahan akaun serta meminta RM196,000 untuk tujuan ikat jamin,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa selepas itu memasukkan wang daripada dua akaun miliknya ke akaun yang diberikan kepada suspek.

Katanya, mangsa hanya menyedari wang sebanyak RM90,810 hilang daripada akaunnya pada Ahad lepas dan telah membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini