KANGAR, 27 April – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah guru hendaklah memberi kerjasama dan menyokong usaha kerajaan membangunkan bidang pendidikan supaya matlamat menjadikan Perlis negeri ilmu tercapai. Baginda bertitah guru juga perlu sentiasa menggembleng tenaga dan mencurah idea bagi mewujudkan pasukan kerja yang mantap dan menjadi jentera penggerak ke arah kecemerlangan pendidikan negeri ini. Bertepatan dengan tema Hari Guru tahun ini, “Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi“,…










