LONDON 24 April – Pep Guardiola menegaskan bahawa Paul Pogba tidak ditawarkan ke Manchester City meskipun khabar angin mengatakan pemain kebangsaan Perancis itu sedang menuju jalan keluar dari Old Trafford.
Pemenang Piala Dunia itu telah menjaringkan 13 gol sejak bersama United, namun spekulasi Pogba ingin berhijrah ke skuad bimbingan Guardiola tetap hangat.
Bos City itu bagaimanapun menegaskan mereka tidak berusaha untuk mengambil Pogba sebagai anak buahnya ke kelab juara England tersebut.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Tidak, tidak, tidak. Tidak sesekali. Dia merupakan pemain Manchester United,” kata Guardiola ketika ditanya adakah Pogba berpeluang ke City.- AGENSI










