Tindakan Peguam Negara Tommy Thomas untuk menerima graduan undang-undang yang mempunyai Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk menduduki Peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) telah mencetuskan reaksi pelbagai pihak, ada yang bersetuju dan tidak kurang juga mereka yang menyelar keputusan unilateral Peguam Negara tanpa merujuk dasar muktamad Kerajaan Persekutuan mengenai UEC. Selaku Pengerusi Lembaga Kelayakan Profession Undang-Undang (LPQB), Tommy Thomas seharusnya bertindak adil dan saksama dengan memberikan pengiktirafan penuh LPQB kepada program…










