Golongan elit Jakarta tipu rakyat – Prabowo - Utusan Malaysia

Golongan elit Jakarta tipu rakyat – Prabowo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 1 April – Calon Presiden Indonesia nombor dua, Prabowo Su­bianto mendakwa golo­ngan elit di kota raya ini sering membohongi rakyat, selain melabel masyarakat sebagai bodoh.

Lapor Tribunnews, Prabowo menyampaikan perkara itu ketika berucap di hadapan ribuan penyokongnya di Gelora Delta Sidoarjo, di sini semalam.

“Apa yang dinyatakan oleh golongan elit Jakarta mengenai rakyat Indonesia adalah tidak benar sama sekali kerana masyarakat negara ini cerdas dan bukannya bodoh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tahu bagaimana golo­ngan elit itu kerana saya juga datang dari situ. Sejak kecil saya sudah mengenali golongan tersebut, saya sudah saksikan semuanya,” katanya.

Sehubungan itu, Prabowo memilih untuk keluar daripada lingkaran tersebut yang dianggapnya sudah jauh menyimpang dan sering menipu rakyat.

“Saya lebih bagus bersama rakyat Indonesia kerana senyuman mereka adalah senyuman yang benar dan jujur.

“Meskipun rakyat tidak sekaya golongan elit, tapi masih mampu tersenyum dengan ikhlas,” ujarnya.

Prabowo juga menyifatkan golongan elit di kota raya Jakarta sebagai ‘jahat’ kerana tidak mencintai bangsa dan memen­tingkan diri sendiri.

Beliau juga menyatakan golongan elit sering beranggapan bahawa rakyat Indonesia mudah ditipu dan dipergunakan untuk kepentingan mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini