‘Gol bunuh diri’ penentu pemilihan - Utusan Malaysia

‘Gol bunuh diri’ penentu pemilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 4 April – Setiausaha Agung Dewan Pimpinan Pusat Parti Demokrat, Hinca Panjaitan menjangkakan gandingan calon Presiden dan Naib Presiden nombor dua, Prabowo Subianto-Sandiaga Uno akan ‘me­nerima keputusan positif’ pada penghujung pilihan raya Pre­siden (Pilpres) 2019.

Memetik laporan CNN Indonesia, keyakinan itu disuarakan setelah beliau meneliti laporan kajian terhadap petunjuk politik Indonesia yang menyatakan sokongan pemilih terhadap gandingan tersebut mencapai 50 peratus.

Menurutnya, meskipun gandingan Prabowo-Sandiaga berdepan lawan politik yang kuat, tidak mustahil mereka mampu memberi tentangan yang hebat seperti yang dilihat menerusi laporan berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hinca menyamakan situasi tersebut dengan perlawanan bola sepak.

“Dalam bola sepak, walaupun lawan sudah unggul di dua babak, jangan pernah anggap hasilnya sebelum wisel akhir ditiup. Pada detik akhir ada yang namanya ‘gol bunuh diri’.

“Pasukan lawan unggul pada dua babak pertama tidak semestinya akan terus cemerlang sehingga wisel akhir ditiup. Wujud istilah dinamakan ‘gol bunuh diri’ pada saat-saat akhir perlawanan,” katanya.

Tambah beliau, situasi ‘gol bunuh diri’ yang dilihat berlaku dalam perlawanan bola sepak boleh terjadi dalam Pilpres.

Jelasnya, tidak mustahil pengundi mengubah sokongan mereka di saat-saat akhir sekiranya wujud faktor-faktor yang mendorong kepada tindakan mereka itu.

“Situasi ‘gol bunuh diri’ macam-macam, lebih-lebih lagi perbezaan peratusan yang di­nyatakan dalam laporan adalah tidak ketara,” katanya.

Semalam, Pengarah Eksekutif Indikator Politik Indonesia, Burhanudin Muhtadi memberitahu, berdasarkan laporan tersebut, sokongan gandingan Joko Widodo (Jokowi)-Ma’ruf Amin tidak mencapai 50 peratus.

“Penyokong kekal gandi­ngan tersebut stabil sekitar 46.6 peratus manakala bagi calon nombor dua adalah sekitar 29.2 peratus,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini