Gnanaraja ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Gnanaraja ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan, G. Gnanaraja berhubung siasatan pengubahan wang haram setelah mendapat izin mendakwa daripada pejabat Peguam Negara.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, penahanan terhadap lelaki itu dilakukan kira-kira pukul 11.40 pagi tadi di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini.

Jelasnya, Gnanaraja akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Gnanaraja akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 8 April (esok) kira-kira pukul 8.30 pagi untuk pertuduhan kes tersebut,” katanya.

Kosmo! Online baru-baru ini melaporkan, Istana Pahang telah menarik balik kurniaan darjah kebesaran Sultan Ahmad Shah Yang Amat Di Mulia Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Gnanaraja berkuat kuasa 13 Mac lalu.

Menurut surat bertarikh 13 Mac itu, Gnanaraja yang dianugerahi pingat berkenaan pada 19 Mac 2014 di Istana Pahang, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur tidak dibenar menggunakan gelaran tersebut berkuat kuasa dari tarikh sama.

Lelaki berkenaan turut diminta mengembalikan darjah kebesaran yang diterima itu ke Bahagian Istiadat dan Pengurusan Majlis Rasmi, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Pada Rabu lalu, Gnanaraja yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tiga pertuduhan menerima suapan RM19 juta bagi menutup siasatan projek terowong dasar laut Pulau Pinang dua tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini