KETUA jurulatih Selangor, B. Sathianathan menuntut pemain sensasi Gergasi Merah, Mohd. Faiz Nasir meneruskan rentak cemerlang dengan membantu pasukan menewaskan Melaka United pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam ini. Sathianathan mengakui Faiz kini berada di puncak prestasi selepas meledak tiga gol buat Selangor pada dua perlawanan terakhir dan sentuhannya sangat diharap dalam misi meraih kemenangan ketiga liga berturut-turut. “Kita akui Faiz memiliki keyakinan yang sangat tinggi dan ia sedikit sebanyak membantu pasukan untuk meraih keputusan positif. Saya juga gembira apabila kualiti penyudahnya juga semakin berbisa selepas meledak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya