PETALING JAYA – Kelicikan sekumpulan lelaki warga tempatan dikenali sebagai Geng Mat Kedah yang menjalankan aktiviti penjualan air ketum siap diproses tidak berpanjangan apabila diserbu pihak polis dalam satu operasi di Taman Medan di sini kelmarin. Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, serbuan telah dilakukan oleh sepasukan anggota dan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berdasarkan maklumat…










