MERBOK 2 April – Seekor ular sawa batik yang sedang kekenyangan setelah dipercayai menelan seekor babi hutan menggemparkan para pengunjung Pusat Rekreasi Tupah, Merbok di sini, hari ini. Ular sepanjang lima meter dan seberat 30 kilogram itu ditemukan orang awam yang sedang berjoging dalam keadaan tidak mampu bergerak di kawasan anak sungai di kawasan tersebut, sebelum menghubungi pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pegawai APM Daerah Kuala Muda, Kapten (PA)…










