IPOH 24 April – Pakar Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari menyifatkan gelaran ‘profesor kangkung’ kepada sekumpulan ahli akademik yang memberi pandangan tidak selari dengan kerajaan dalam isu Statut Rom sebagai tidak wajar. Menurut Abdul Aziz, walaupun beliau sendiri tidak bersetuju dengan pandangan pakar undang-undang yang memberi pandangan kepada Majlis Raja-Raja berhubung Statut Rom namun gelaran sedemikian tidak seharusnya digunakan. Beliau berkata, apatah lagi gelaran itu diberikan oleh seorang menteri. “Saya…










