NOU CAMP 30 April – Anak Luis Suarez baharu berusia enam bulan tetapi dia sudah mengikut jejak langkah ayahnya iaitu melakukan gigitan.
Gambar Lautaro Suarez dirakam seperti membuat mimik muka mahu menggigit bahu bapanya ketika didukung Suarez selepas aksi kemenangan Barcelona ke atas Lavante yang menyaksikan kelab itu menjulang trofi La Liga musim ini mencuri tumpuan ramai di media sosial.
Galagat Lautaro itu mendapat perhatian penyokong-penyokong yang mengimbas kembali perangai Suarez yang suka menggigit pemain lawan beberapa tahun sebelum ini.
Penyerang antarabangsa Uruguay itu pernah digantung tujuh perlawanan pada 2010 gara-gara menggigit bahu pemain PSV Eindhoven Otman Bakkal ketika mewakili Ajax.
Selepas berpindah ke Liverpool, Suarez sekali lagi menggunakan giginya menggigit pemain Chelsea Branislov Ivanovic dan digantung 10 aksi.
Insiden itu berterusan dalam aksi Piala Dunia 2014, di mana Suarez menggigit bahu pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini. – AGENSI











