Jenama telefon pintar terkenal, Samsung Malaysia secara rasminya mengumumkan kerjasama bersama Shopee dalam memperkenalkan peranti terbaharunya, Galaxy M20 secara dalam talian. Menariknya, Samsung membuat kelainan dengan melancarkan peranti berkenaan secara ekslusif di Shopee sempena Samsung’s Super Brand pada 20 Mac lalu. Sedar dengan kemahuan pengguna ketika ini yang memerlukan penggunaan telefon bimbit yang berpanjangan seharian, jenama itu menawarkan bateri berkuasa sehingga 5,000mAh. Ia turut disokong dengan pengecasan Type-C yang menjamin kelajuan tiga kali ganda berbanding pengecasan biasa. Selain itu, ciri pengurusan kuasa pada peranti ini pula mempunyai sistem teknologi pelbagai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya