KLANG – Skim tangga gaji yang rendah merupakan antara penyebab kaum bukan Melayu terutama India dan Cina kurang berminat untuk menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, sudah sampai masanya skim tangga gaji bagi pasukan keselamatan itu dikaji semula terutamanya bagi anggota yang berpangkat rendah dalam usaha menarik golongan bukan Melayu menyertainya. Beliau berkata, meskipun pelbagai kempen dijalankan bagi menarik dua kaum itu menyertai pasukan keselamatan, namun…










