SHAH ALAM 23 April – Gadis kelahiran Alai, Melaka, Aini Sophi Shamsol Zailan, 19, dinobatkan sebagai Ikon Wanita Melayu sempena pertandingan Pencarian Wanita Melayu (PWM) Plaza Shah Alam 2019. Kemenangan Aini Sophi meneruskan kegemilangan pemenang-pemenang edisi sebelum ini, Ashira Kaseh, Ayu Harris, Nur Hazwani Zaini, Nurul Ain Nasiron dan Amy Nur Tinie Abdul Aziz yang merupakan Ikon Wanita Melayu yang pernah diangkat oleh Plaza Shah Alam sepanjang enam tahun penganjuran…










