KUALA LUMPUR – Pelakon, Datuk Hans Isaac yang baru sahaja dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhasrat untuk memberi fokus sepenuhnya dalam pembangunan industri perfileman tempatan. Bagaimanapun, Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac berkata, dia lebih selesa untuk menjalankan tanggungjawab sebagai Pengerusi Finas secara senyap tanpa menguar-uarkan sebarang perancangan kepada khalayak. “Saya lebih selesa menyelesaikan sesuatu pekerjaan terlebih dahulu tanpa memberitahu orang tentang progres kami. “Biarlah…










