PUTRAJAYA 24 April – Kerajaan hari ini bersetuju untuk memansuhkan Yuran Pendaftaran Ad Valorem (AVRF) sedia ada yang dikenakan ke atas kenderaan jenis treler dan semi treler binaan tempatan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pemansuhan tersebut akan berkuat kuasa 1 Julai depan bagi membolehkan semua urusan pindaan kaedah dan persiapan sistem pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) disempurnakan. “Kementerian telah meneliti semula pelaksanaan AVRF semasa dan mendapati terdapat beberapa…










