KUALA LUMPUR 10 April – FGV Holdings Berhad muncul kaunter paling aktif di Bursa Malaysia di sebalik pembentangan Kertas Putih Felda oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen. Ketika ditutup petang ini, saham syarikat perladangan itu naik empat sen atau 3.17 peratus kepada RM1.30 sesaham dengan pasaran modal RM4.74 bilion. Menurut Kertas Putih Felda, masalah kewangan yang meruncing dan hutang tinggi yang dialami Felda bermula…










