MARAN 27 April – Skuad Felda United bergelut untuk keluar dari zon bahaya apabila sekadar mencatat keputusan seri 1-1 ketika menerima kunjungan Melaka United dalam aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini malam ini. Ketiadaan ketua pasukannya, Mohd. Hadin Azman ternyata menyukarkan Felda United untuk merobek pertahanan lawan. Pengendali Felda United, Mohd. Nidzam Jamil berkata, jentera serangan yang diketuai Abdul Azim Rahim agak sukar untuk melepasi…










