Felda United harus salahkan diri sendiri - Utusan Malaysia

Felda United harus salahkan diri sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KELALAIAN pemain Felda United menjadi punca pasukan itu dihukum dengan kekalahan 1-3 kepada Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka kelmarin.

Kekalahan ketiga dan kali pertama di laman sendiri itu menyebabkan skuad The Figh­ters berada di tangga ke-10 carta liga selepas tujuh perlawanan.

Ketua jurulatihnya, Mohd. Nidzam Jamil berkata, kekalahan kepada Pahang berpunca daripada kelalaian para pemainnya yang gagal menyekat kemaraan jentera serangan lawan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita beraksi cemerlang hampir 45 minit separuh masa pertama sebelum penyerang Pahang, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pertama pada masa kecederaan.

“Ini satu kesilapan daripada pemain sehingga membenarkan lawan menjaringkan gol sebelum menuju ke bilik persalinan sedangkan kita berjaya mengekang asakan pelawat sebelum itu,” katanya pada sidang akhbar selepas tamat perlawanan.

Menurut Nidzam, pasukannya berjaya bangkit pada babak kedua apabila Thiago Aquino menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-48.

“Saya jangkakan kita mampu mengutip sekurang-kurangnya satu mata, namun terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Pahang,” ujarnya.

Beliau memberitahu, satu lagi kesilapan besar dilakukan oleh para pemain apabila membenarkan pelawat menguasai permainan pada penghujung saingan ketika mereka mendahului 2-1.

“Sepatutnya kita memburu jaringan kedua untuk menya­makan kedudukan, namun disebabkan kealpaan semua pemain telah membenarkan Pahang menjaringkan gol ketiga pada saat akhir,” jelasnya.

Tambahnya, beliau sangat kecewa dengan prestasi yang ditonjolkan oleh anak-anak buahnya dan berharap mereka­ perbaiki kelemahan untuk mengharungi perlawanan akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini