Fauzi Atlet Muda Terbaik SAM - Utusan Malaysia

Fauzi Atlet Muda Terbaik SAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 April – Pelayar berbakat besar, Fauzi Kaman Shah dinobat sebagai Atlet Muda Terbaik dalam Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus 2018.

Pemilihannya adalah berdasarkan aksi yang konsisten dalam setiap pertandingan yang disertai atlet pelayaran berusia 16 tahun itu sepanjang tahun lepas.

Naib Presiden SAM Izahar Atan berkata, kejayaan meraih pingat emas dalam Sukan Asia di Indonesia, tahun lalu adalah faktor utama pelayar remaja berusia 17 tahun itu dipilih untuk menerima anugerah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mewakili SAM, kami berharap kecemerlangan yang ditonjolkan menjadi inspirasi kepada atlet atlet muda lain untuk bekerja lebih keras demi mengharumkan nama Malaysia,” kata Izahar

Fauzi menjadi atlet tunggal negara meraih emas dalam sukan pelayaran di Indonesia selepas memenangi acara Laser Terbuka 4.7 selepas mendahului saingan dari hari pertama.

Dia akan menerima anugerah berkenaan dalam majlis gilang-gemilang yang akan diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya pada 10 April ini.

Majlis Anugerah SAM-100Plus 2018 yang diadakan bersempena sambutan ulang tahun penubuhan SAM yang ke-50 itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar untuk berangkat hadir ke majlis itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini