“Kita kena bagi Tok Mat menang, tak kan nak bagi orang luar menang.” – Itu intipati perbualan sekumpulan warga emas sebaik sahaja Datuk Seri Mohamad Hasan beredar selepas selesai memberi ucapan pada Majlis Ramah Mesra Bersama Calon Barisan Nasional (BN) di Perumahan Rakyat Sri Lalang, Rantau malam Sabtu lalu. Semangat orang Rantau untuk memastikan anak jati Rantau itu terus menjadi wakil rakyat mereka cukup tinggi. Pada masa sama tepukan dan…










