KUALA LUMPUR 10 April- Etika Holdings (Etika) bakal muncul entiti utama industri pemprosesan susu segar di negara ini selepas menjalinkan kerjasama dengan Koperasi Penternak Lembu Tenusu Negeri Johor Bhd (KPLTNJB). Etika dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan menyelia aktiviti pemprosesan komersial susu segar dengan Pelaburan Langsung Asing (FDI) berjumlah lebih daripada RM 100 juta untuk memacu industri tenusu di negara ini. Katanya, pihak Etika juga akan menyediakan tangki penyejukan susu…










