Etika Holdings labur RM100 juta - Utusan Malaysia

Etika Holdings labur RM100 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Etika Holdings (Etika), syarikat minuman halal, melabur RM100 juta untuk memacu industri tenusu di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Etika Malaysia, Singapura dan Brunei, Khalid Alvi berkata, pelaburan itu secara langsung membantu mengembangkan industri penternakan tempatan sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.

“Entiti perniagaan seperti kami ini harus memberikan mereka bantuan yang diperlukan bagi meningkatkan produktiviti dan efisyen seterusnya untuk mengembangkan perniagaan eksport tenusu tempatan,” katanya di sini baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, beliau menerima lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub bagi melihat sendiri operasi tenusu dan rantaian bekalan yang diuruskan oleh Etika untuk Susu Goodday.

Khalid menjelaskan, Etika turut bekerjasama dengan Koperasi Penternak Lembu Tenusu Negeri Johor Berhad sebagai sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk memberikan insentif tambahan kepada penternak lembu tempatan.

Ujar beliau, langkah itu memboleh­kan penyedian pembekalan tangki penyejukan susu yang boleh memuatkan kapasiti susu yang lebih besar bagi membantu para penternak meningkatkan jumlah ternakan dan produksi susu.

“Di samping itu, kami juga telah menandatangani kontrak memorandum persefahaman (MoU) dengan Saujana Feedmaill & Agro Tech Sdn Bhd, Indahraya International Ventures Sdn. Bhd., DDS Daily Fresh Milk serta MADAC Sdn. Bhd.

“MoU ini akan membolehkan penternak dan usahawan tani tempatan di Meru, Klang membekalkan susu segar kepada Etika,” katanya.

Selain itu, Khalid menjelasnkan, Etika bakal bekerjasama dengan Ang­katan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) untuk menyum­bang peket-peket susu segar kepada para pelajar di Johor menerusi program Susu Sekolah Goodday.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini