KUANTAN 30 April – Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-undang Pilihan Raya (ERC) sedang mengkaji untuk mewujudkan undang-undang bagi mengawal pergerakan media terutama elektroknik dan cetak ketika musim pilihan raya. Pengerusi ERC, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, langkah itu penting bagi memastikan wujudnya keadilan kepada semua parti bertanding sekali gus menghidupkan demokrasi dalam sistem pilihan raya di negara ini. “Setakat ini belum ada undang-undang dalam undang-undang pilihan raya…










