Elfira mohon doa peminat soal hamil - Utusan Malaysia

Elfira mohon doa peminat soal hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Elfira Loy berkata, dia meminta semua peminat mendoakan yang baik-baik bagi menjawab dakwaan dirinya sedang berbadan dua.

“Doakan yang baik-baik buat saya dan suami. Sejak awal perkahwinan lagi saya sering menerima doa daripada peminat yang inginkan saya dan suami segera menimang cahaya mata. 

“Saya faham, peminat menantikan berita gembira andainya saya hamil. Sebab itu saya minta semua doakan hanya yang terbaik buat kami. Insya-Allah,” ujar Elfira ketika pelancaran koleksi Alhumaira Hari Raya 2019 di Hotel Royale Chulan di sini sebentar tadi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada majlis itu, Elfira dilantik sebagai duta dan wajah jenama tudung berkenaan sempena Hari Raya. 

Sebelum ini, timbul desas-desus mendakwa pelakon drama Qalesya hamil selepas peminat menyedari berlaku perubahan pada fizikalnya yang kelihatan semakin berisi. 

Khabar angin itu mula bertebaran dalam kalangan peminat sewaktu Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar mengadakan majlis resepsi kelima mereka di Melaka pada 2 Mac lalu.

Dalam beberapa keping gambar yang dikongsi pelakon itu di Instagramnya, peminat mendakwa dapat melihat ‘baby bump’ Elfira pada bahagian perut. 

Elfira mendirikan rumah tangga bersama Faris, 28, pada 1 Januari lalu selepas mengikat tali pertunangan pada 2 September tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini